Baru-baru ini, saya menerima aduan mengenai keadaan lebuh raya baru keningau sepanjang jalan bakiau yang mengakibatkan kesusahan kepada para penduduk terutamanya dari Kg. Limbawan untuk melakukan pusingan U. Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang menakutkan apabila hampis saja berlanggar dengan kenderaan yang melakukan pusingan U secara "curi" di kawasan lampu isyarat. Malah rungutan para pekedai di kawasan woodlight industrial complex juga kerana tiada simpang masuk ke kawasan tersebut meraih simpati dari saya. Oleh itu, pada 8 Februari lalu, saya bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas saya, Khairulnizam Ryan dan Pemaju Mukim Lingkudau, En. Amir Jani telah melakukan lawatan singkat bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya dan Kontraktor di kawasan tersebut. Alhamdulillah, aduan dan cadangan saya diterima secara baik dan positif oleh mereka. Insyaallah, kita akan lihat penambahbaikan di sana demi kemudahan rakyat. Syabas JKR!!
1 comments:
Harap2 Jalan Bakiau sana kena buat la pusingan U sebab selalu pemandu yang mau buat pusingan U kena pusing di lampu isyarat atau pun dekat penghujung jalan bakiau.Ada pula yang pusing dekat round about di kampung masjid disebabkan mau pusing balik ja. Harap2 akan ada perubahan Terima Kasih
Post a Comment