Saya merasa amat terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Group UBF-Keningau mengenai pemberian IC kepada orang-orang Bugis di DUN Liawan yang dikatakan angkara saya. Saya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang melemparkan fitnah ini. Insyaallah, laporan polis akan saya lakukan.
Oleh itu, bagi membersihkan nama saya dan juga mengelakkan tuduhan karut seperti ini dikaitkan dengan saya, maka saya dengan ini akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu-individu yang mengaitkan fitnah ini dengan diri saya.
Moga-moga ini kan menjadi pengajaran kepada kita mengenai bahaya tuduhan liar dan fitnah yang menjadi asam garam politik pembangkang yang kolot dan jahil.
3 comments:
Assalamualaikum YB Datuk... Saya salah seorang penduduk di Kawasan DUN Liawan ingin bertanya terus kepada YB Datuk tentang pengagihan komputer riba yang dilancarkan pada 09 Februari 2012 baru -baru ini di Dewan Arked Tamu Ground Keningau. Saya selaku golongan yang layak dibawah program tersebut tidak menerima kemudahan tersebut dengan alasan bahawa komputer tersebut hanya diberikan kepada ahli jawatankuasa dan keselamatan kampung, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Saya berasa sangat hairan semasa majlis penyerahan tersebut, didapati golongan yang menerima komputer tersebut terdiri daripada orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan. Jelas sekali pemberian komputer tersebut tidak telus dan bersifat pilih kasih. Ini kerana sumbangan komputer tersebut langsung tidak di uar-uarkan di peringkat akar umbi. Selain itu, petugas yang bertugas dari pejabat Perhubungan Parlimen Keningau serta Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N.34 Liawan (UPKR) memberikan kenyatan yang masing-masing bercanggah dari segi kelayakan pemberian komputer tersebut. Saya sebagai pengundi di kawasan YB Datuk memohon kepada YB Datuk menyelesaikan perkara ini agar tidak menyusahkan golongan yang memerlukan komputer tersebut di masa akan datang. Sekian dan terima kasih dan salam 1Malaysia...
sa hendak nyatakan d sini bahwa semua kelulusan BR1M adalah bukan d tangan YB...yang menguruskan ini adalh d pihak LHDN..klu la YB ada kuasa untuk itu..sa pn mau jga..
adakah komputer riba ini dalam bidang LHDN juga?...
Post a Comment