Menghulurkan Salam

Bagai bulan jatuh ke riba, terima kasih sudi bertandang, salam diberi tanda bersaudara, selamat datang ke blog saya. Moga bertambah erat muhibbah, menjadi sendi bangsa berbudaya.

Mesra Bersatu Membela Rakyat

Berkongsi cerita dan gelak ketawa bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, MP P.180 Keningau dan Datuk Justin Guka, ADUN N.33 Bingkor

Bersatu Bersetia Berkhidmat

Bersama barisan kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO P.180 Keningau menghayati bait-bait lirik lagu UMNO.

Menjunjung taat setia kepada pemimpin

Mengiringi YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO P.180 Keningau lalu.

Ayuh, Gemakan ke seantero dunia. 1Malaysia

Bersama ahli-ahli Pemuda UMNO P.180 Keningau setelah selesai mengadakan perlawanan bola sepak sempena Program Juara Rakyat.

Monday, 13 February 2012

Fitnah sudah jadi budaya di Liawan?

Saya merasa amat terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Group UBF-Keningau mengenai pemberian IC kepada orang-orang Bugis di DUN Liawan yang dikatakan angkara saya. Saya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang melemparkan fitnah ini. Insyaallah, laporan polis akan saya lakukan.


Saya merasa terkilan bila tuduhan yang merbahaya seperti ini digunakan bagi menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan saya khususnya.


Oleh itu, bagi membersihkan nama saya dan juga mengelakkan tuduhan karut seperti ini dikaitkan dengan saya, maka saya dengan ini akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu-individu yang mengaitkan fitnah ini dengan diri saya.

Moga-moga ini kan menjadi pengajaran kepada kita mengenai bahaya tuduhan liar dan fitnah yang menjadi asam garam politik pembangkang yang kolot dan jahil.

Terima kasih JKR

Baru-baru ini, saya menerima aduan mengenai keadaan lebuh raya baru keningau sepanjang jalan bakiau yang mengakibatkan kesusahan kepada para penduduk terutamanya dari Kg. Limbawan untuk melakukan pusingan U. Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang menakutkan apabila hampis saja berlanggar dengan kenderaan yang melakukan pusingan U secara "curi" di kawasan lampu isyarat. Malah rungutan para pekedai di kawasan woodlight industrial complex juga kerana tiada simpang masuk ke kawasan tersebut meraih simpati dari saya. Oleh itu, pada 8 Februari lalu, saya bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas saya, Khairulnizam Ryan dan Pemaju Mukim Lingkudau, En. Amir Jani telah melakukan lawatan singkat bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya dan Kontraktor di kawasan tersebut. Alhamdulillah, aduan dan cadangan saya diterima secara baik dan positif oleh mereka. Insyaallah, kita akan lihat penambahbaikan di sana demi kemudahan rakyat. Syabas JKR!!

Friday, 10 February 2012

Terima kasih UMNO Bahagian Keningau

Terima kasih kepada UMNO Bahagian Keningau yang terus menyokong saya dalam mengemudikan DUN Liawan. Kita akan berkerja lebih keras lagi bagi membantu rakyat dan soal calon kita serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. Apapun, saya optimis dengan kekuatan kita, Insyaallah rakyat akan beroleh manfaatnya.


http://borneodigest.blogspot.com/2012/02/liawan-kuota-umno-datuk-sairin-calon.html

DUN N.34 Liawan


Dalam tahun 1994 apabila kawasan pilihan raya dikaji dan dipersempadankan semula, Sabah mempunyai bilangan penduduk seramai 1,535,708 orang dengan bilangan pemilih seramai 598,312 orang. Apabila SPR menetapkan tahun asas (base year) untuk kajian semula kali ini, SPR menggunakan bilangan asas pemilih tahun 2001 seramai 746,442 orang daripada jumlah penduduk seramai 2,603,485 orang. Ini bermakna di dalam tempoh 10 tahun, bilangan pemilih Sabah telah bertambah kira-kira 148,130 orang.

Berasaskan latar belakang geografi, demografi dan serta kebudayaan masyarakat negeri Sabah, kriteria-kriteria tertentu telah digunapakai dalam menentukan pewujudan bahagian-bahagian pilihan raya supaya pewujudan mempunyai asas dan rasional yang kukuh yang mencerrninkan keadilan dari segi representasi bagi masyarakat kaum dan etnik di negeri itu.

Bagi maksud kajian semula dan persempadanan ini Daftar Pemilih semasa yang berjumlah 746,442 orang berdaftar  yang telah disahkan pada 27 Disember 2001 telah digunakan. Ini adalah bersesuaian dengan kehendak Seksyen 3 Bahagian I Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

Maka dengan itu Kawasan tengah dan pedalaman yang mempunyai jumlah penduduk dan pemilih kira-kira 18% mempunyai ciri-ciri kawasan luar bandar yang meliputi kawasan berbukit bukau yang belum membangun, sungguhpun bilangan pemilihnya kecil, tetapi dari segi keluasan kawasan-kawasan pilihan raya adalah luas. 
Bagi bahagian ini, terdapat kira-kira 6 kawasan Parlimen dan 14 kawasan Negeri dengan bilangan pemilih di antara 8,000 -15,000 orang bagi setiap kawasan Negeri dan bilangan pemilih di bawah 35,000 orang bagi kawasan Parlimen.

Bahagian Pilihan dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:-
Parlimen - Tenom, Beluran, Kinabatangan, Ranau, Pansiangan dan Keningau; dan
Negeri - Kundasang, Karanaan, Tambunan, Bingkor, Sugut, Labuk, Kuamut, Kemabong, Melalap, Sook, Nabawan dan LIAWAN (Baru).
Di samping itu, terdapat di dalam kawasan tertentu seperti Melalap (Bandar Tenom) dan Bingkor (Bandar Keningau).

Sejarah dan Latar Belakang.
Liawan dahulunya adalah dalam daerah mengundi Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Melalap kawasan Parlimen Tenom. Setelah persempadan baru di buat, kawasan Parlimen Keningau yang dahulunya P.157 diubah kepada P.180 sekarang ini dan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dalam Parlimen 180 Keningau ialah Tambunan, Bingkor dan LIAWAN ( Baru ).

Pada Pilihanraya Umum ke11, 13-21 Mac. 2003 UMNO-BN buat pertama kalinya bertanding dan menang dalam Pilihanraya kawasan DUN tersebut.

Daerah Keningau.Mempunyai keluasan kira-kira 353,274 hektar atau 3532.74 KM per segi dan terbahagi kepada 14 mukim dan 245 buah kampung. Bilangan populasi mengikut banci penduduk tahun 2000 ialah seramai 155,069* orang dan antara kaum yang terbesar di daerah ini ialah KadazanDusun dan Murut (65%)Cina(18%), Melayu(15%) dan lain-lain(2%).

Kawasan Pilihan Raya Daerah Pentadbiran Keningau dan bilangan pengundi dalam Kawasan Parlimen 180 Keningau yang merangkumi kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti berikut:-

N 32 Tambunan    -   11,086 pengundi
N 33 Bingkor         -   19,009 pengundi
N 34 Liawan          -    10,240 pengundi
Jumlah Keseluruhan Pengundi ( Tahun 1999 ) : 40,335.

Daerah-Daerah Mengundi.Parlimen        P180 KeningauDUN                N34 Liawan180/34/01 Liawan Luagan
180/34/02 Liawan Liawan
180/34/03 Liawan Patikang Laut
180/34/04 Liawan Sinagang
180/34/05 Liawan Meninipir
180/34/06 Liawan Bayangan
180/34/07 Liawan Mesjid
180/34/08 Liawan Limbawan
180/34/09 Liawan Motou
180/34/10 Liawan Banjar
 
Pilihanraya Umum ke 11 – 13-21 Mac 2003
N34: LIAWAN: 10,461 

1. Paul Kadau (Bebas) 476
2. DATUK SAIRIN KARNO (BN) 4,709
3. Datuk Lawrence Gimbang (Bebas) 1,405
Majoriti/Majority: 3,304
Jumlah Mengundi/Votes Cast: 6,657
Peratus Mengundi/Percentage Voted: 63.67
Rosak/Spoilt Votes: 67
(KAWASAN BARU/NEW CONSTITUENCY)


Keputusan Pilihanraya ke 12, 2008.
N.34 - LIAWAN Bilangan Pemilih : 10,994,
Bilangan Mengundi : 7,811
Peratus Pengundian : 71.05%
Undi Ditolak: 143
Majoriti : 2,044
Parti Menang : (BN)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog rasmi saya. Insya-Allah, blog ini akan menjadi medan catatan perjalanan saya dalam memberikan khidmat kepada rakyat khususnya di DUN Liawan. Moga kita dapat mengeratkanlah sillaturahim dan muhibbah seterusnya mengekalkan perpaduan. Amat berharap agar blog ini menjadi wadah komunikasi bagi kita untuk menjalankan amanah memikul harapan rakyat bagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Salam 1Malaysia.