Dalam tahun 1994 apabila kawasan pilihan raya dikaji dan dipersempadankan semula, Sabah mempunyai bilangan penduduk seramai 1,535,708 orang dengan bilangan pemilih seramai 598,312 orang. Apabila SPR menetapkan tahun asas (base year) untuk kajian semula kali ini, SPR menggunakan bilangan asas pemilih tahun 2001 seramai 746,442 orang daripada jumlah penduduk seramai 2,603,485 orang. Ini bermakna di dalam tempoh 10 tahun, bilangan pemilih Sabah telah bertambah kira-kira 148,130 orang.
Berasaskan latar belakang geografi, demografi dan serta kebudayaan masyarakat negeri Sabah, kriteria-kriteria tertentu telah digunapakai dalam menentukan pewujudan bahagian-bahagian pilihan raya supaya pewujudan mempunyai asas dan rasional yang kukuh yang mencerrninkan keadilan dari segi representasi bagi masyarakat kaum dan etnik di negeri itu.
Bagi maksud kajian semula dan persempadanan ini Daftar Pemilih semasa yang berjumlah 746,442 orang berdaftar yang telah disahkan pada 27 Disember 2001 telah digunakan. Ini adalah bersesuaian dengan kehendak Seksyen 3 Bahagian I Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
Maka dengan itu Kawasan tengah dan pedalaman yang mempunyai jumlah penduduk dan pemilih kira-kira 18% mempunyai ciri-ciri kawasan luar bandar yang meliputi kawasan berbukit bukau yang belum membangun, sungguhpun bilangan pemilihnya kecil, tetapi dari segi keluasan kawasan-kawasan pilihan raya adalah luas.
Bagi bahagian ini, terdapat kira-kira 6 kawasan Parlimen dan 14 kawasan Negeri dengan bilangan pemilih di antara 8,000 -15,000 orang bagi setiap kawasan Negeri dan bilangan pemilih di bawah 35,000 orang bagi kawasan Parlimen.
Bahagian Pilihan dalam kategori ini adalah seperti yang berikut:-
Parlimen - Tenom, Beluran, Kinabatangan, Ranau, Pansiangan dan Keningau; dan
Negeri - Kundasang, Karanaan, Tambunan, Bingkor, Sugut, Labuk, Kuamut, Kemabong, Melalap, Sook, Nabawan dan LIAWAN (Baru).
Di samping itu, terdapat di dalam kawasan tertentu seperti Melalap (Bandar Tenom) dan Bingkor (Bandar Keningau).
Sejarah dan Latar Belakang.
Liawan dahulunya adalah dalam daerah mengundi Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Melalap kawasan Parlimen Tenom. Setelah persempadan baru di buat, kawasan Parlimen Keningau yang dahulunya P.157 diubah kepada P.180 sekarang ini dan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dalam Parlimen 180 Keningau ialah Tambunan, Bingkor dan LIAWAN ( Baru ).
Pada Pilihanraya Umum ke11, 13-21 Mac. 2003 UMNO-BN buat pertama kalinya bertanding dan menang dalam Pilihanraya kawasan DUN tersebut.
Daerah-Daerah Mengundi.Parlimen P180 KeningauDUN N34 Liawan180/34/01 Liawan Luagan
180/34/02 Liawan Liawan
180/34/03 Liawan Patikang Laut
180/34/04 Liawan Sinagang
180/34/05 Liawan Meninipir
180/34/06 Liawan Bayangan
180/34/07 Liawan Mesjid
180/34/08 Liawan Limbawan
180/34/09 Liawan Motou
180/34/10 Liawan Banjar
Pilihanraya Umum ke 11 – 13-21 Mac 2003
N34: LIAWAN: 10,461
1. Paul Kadau (Bebas) 476
2. DATUK SAIRIN KARNO (BN) 4,709
3. Datuk Lawrence Gimbang (Bebas) 1,405
Majoriti/Majority: 3,304
Jumlah Mengundi/Votes Cast: 6,657
Peratus Mengundi/Percentage Voted: 63.67
Rosak/Spoilt Votes: 67
(KAWASAN BARU/NEW CONSTITUENCY)
Keputusan Pilihanraya ke 12, 2008.N.34 - LIAWAN Bilangan Pemilih : 10,994,
Bilangan Mengundi : 7,811
Peratus Pengundian : 71.05%
Undi Ditolak: 143
Majoriti : 2,044
Parti Menang : (BN)